Tabung Kecemasan Bencana

Salam Takziah kepada keluarga mangsa banjir

Bilangan angka korban bencana banjir semakin meningkat melebihi 30 orang. Kami, seluruh warga kerja Yayasan Maghfirah mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa banjir yang terkorban. “Ya Allah, ampunilah dan rahmatilah mereka. Tempatkan mereka di tempat yang terbaik bersama para solihin. Aamiin..” #YayasanMaghfirah #WadahDakwahAnda

Salam Takziah kepada keluarga mangsa banjir Read More »

Kami juga bersama anda!

jangan biar mereka berjuang sendiri Walaupun beberapa kawasan banjir telah surut, ada juga kawasan yang baru dinaiki air. Bahkan ada lagi kawasan yang sedang berjaga-jaga dengan musibah banjir. Berikut persiapan sebelum banjir. Apa yang penting, pastikan semua ahli keluarga anda selamat. Moga Allah sentiasa melindungi anda semua walau di manapun anda berada. Ayuh sama-sama ringankan

Kami juga bersama anda! Read More »

Selesai pembersihan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat

Alhamdulillah, 14 buah mesin waterjet yang baru dibeli hasil sumbangan anda semua sangat membantu memudahkan pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir. Mesin waterjet ini digunakan untuk membasuh rumah-rumah yang dipenuhi lumpur tebal. Selain itu, barang-barang pembersihan juga digunakan oleh para sukarelawan yang membantu untuk kita laksanakan misi #YMbantubanjir. Peralatan-peralatan ini akan terus digunakan setiap masa untuk membantu mangsa

Selesai pembersihan di Taman Seri Nanding, Hulu Langat Read More »

Maghfirah Meal bersama mangsa banjir

#YMbantubanjir Auntie ini cakap, “bagus sangat pek makanan Maghfirah Meal ini sebab rumah tak boleh masak apa-apa semua”. Mudah, boleh terus makan tanpa perlu panaskan. Sangat puas hati apabila kita dapat membantu mangsa-mangsa banjir. Satu pek Maghfirah Meal lengkap dengan lauk dan nasi yang sudah siap masak. Ada pelbagai jenis lauk dan sangat sedap. Merupakan

Maghfirah Meal bersama mangsa banjir Read More »

Habis musnah harta benda, pakaian, pertanian, perternakan

IBARAT SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA HABIS MUSNAH HARTA BENDA, PAKAIAN, PERTANIAN, PENTERNAKAN MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE 3 DAERAH DI SELANGOR Semua sedia maklum, kita masih lagi sedang berdepan ancaman pandemik covid-19, tetapi juga bencana banjir besar yang menyebabkan kehilangan harta benda. Misi bantuan pasca banjir mensasarkan di tiga daerah yang terjejas iaitu, Shah Alam,

Habis musnah harta benda, pakaian, pertanian, perternakan Read More »

Makanan siap masak menjadi keutamaan di waktu bencana banjir

#YMbantubanjir Alhamdulillah.. Makanan siap masak menggunakan teknik retort (nasi dan lauk) menjadi keutamaan di waktu bencana banjir seperti sekarang. Makanan tahan berbulan bulan tanpa perlu sejuk beku. Persediaan Yayasan Maghfirah berbulan sebelum ini bagi menghadapi bencana hujung tahun terasa berbaloi apabila ribuan pek telah diagihkan kepada mangsa banjir. Terima kasih kepada warga kerja Yayasan Maghfirah

Makanan siap masak menjadi keutamaan di waktu bencana banjir Read More »

Tabung kecemasan bencana bersiaran langsung di TV Al-Hijrah

Alhamdulillah pagi tadi, Yayasan Maghfirah bersiaran secara langsung di TV Al Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum. Pengurus Projek Bencana, En Lukmanul Hakeem berkongsi tentang inisiatif Yayasan Maghfirah yang melancarkan Tabung Kecemasan Bencana bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Yayasan Maghfirah telah mengagihkan banyak bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Seawal hari pertama bencana, tim Yayasan Maghfirah telah mengagihkan

Tabung kecemasan bencana bersiaran langsung di TV Al-Hijrah Read More »

Perbincangan bantuan mangsa banjir

Jumlah mangsa banjir semakin meningkat daripada 23,000 pada tengahari 20/12/2021 kepada 43,000 pada jam 9.00 pagi tadi. Ramai yang kehilangan tempat tinggal & harta benda dihanyutkan arus deras. Kami dalam perbincangan membantu mangsa-mangsa banjir dengan lebih meluas. Dalam pada itu, Kami memerlukan lebih 40 sukarelawan untuk pembersihan, agihan makanan & pembungkusan. Jom sumbang tenaga anda

Perbincangan bantuan mangsa banjir Read More »