siapa kami

Pusat Komuniti YM

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

YM membangun komuniti yang lebih membangun dan berilmu

Kempen ini berlangsung sepanjang Januari 2023 sehingga Disember 2023 dan sasaran kutipan infaq untuk kempen ini adalah sebanyak RM500,000. Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah ini akan bertempat ini Taman Putra Kajang berdekatan dengan cawangan utama Yayasan Maghfirah. PUSKOM YM boleh digunakan oleh masyarakat setempat, asnaf, rukun tetangga, pelajar SAQ dan warga kerja YM untuk mengadakan program, kursus dan program kemahiran bagi komuniti setempat. Boleh juga dijadikan tempat untuk mengadakan kelas-kelas, latihan, forum, program bagi pemerkasaan Pendidikan dan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan. Selain itu, PUSKOM YM juga menjadi One Step Centre dan tumpuan pelbagai lapisan masyarakat serta sebagai hab tempat penyebaran dakwah Islam menerusi pelbagai kuliah dan keagamaan yang diadakan.

Objektif Pusat Latihan dan Dakwah YM yang diadakan di PUSKOM adalah sebagai tempat melatih pekerja, sukarelawan, guru mengaji, pembimbing remaja, murabbi dan seumpamanya. Kemudian, PUSKOM menjai pusat rekreasi, tempat mesyuarat, retreat, kem kepimpinan dan program-program pembinaan anak-anak SAQ, Latihan kesukarelawanan dan sebagainya. Kelas pengajian quran, hadis, pengajian kitab bertujuan untuk merangka dan melaksanakan program Pendidikan yang dapat meningkatkan kefahaman Islam dalam masayarakat di samping untuk menjana pendapatan minima yang boleh menampung kos operasi YM. Dengan adanya PUSKOM YM ini, kita dapat melahirkan pendakwah mahir daripada pelbagai lapisan masyarakat serta sukarelawan mahir dan terlatih.

Dengan itu, Pusat komuniti YM menjadi wadah untuk meningkatkan pengetahuan dan keterampilan anggota komuniti. Pusat komuniti boleh juga menjadi ruang untuk melibatkan pemuda dalam kegiatan positif, termasuk pengembangan keterampilan kepemimpinan, program pemberdayaan pemuda, dan kegiatan kegiatan edukatif lainnya. Hal ini membantu menciptakan pemimpin muda yang tangguh dan berkontribusi positif bagi masyarakat.

Namun yang demikian, sekiranya kempen ini tidak Berjaya maka program-program yang dirancang tidak dapat berjalan setiap bulan. PUSKOM YM juga tidak akan dikenali oleh penduduk di kawasan sekitar kerana kurang keaktifan melaksanakan program kepada komuniti.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda: “Apabila anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: Sedekah yang berlaku terus menerus, ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia.” (Hadis Riwayat Muslim)
“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api“.(HR. At-Tirmidzi).

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial

Assalamualaikum,
Selamat Datang!