Selesai Pembersihan Di Taman Seri Nanding, Hulu Langat

Alhamdulillah, 14 buah mesin waterjet yang baru dibeli hasil sumbangan anda semua sangat membantu memudahkan pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir. Mesin waterjet ini digunakan untuk membasuh rumah-rumah yang dipenuhi lumpur tebal.

Selain itu, barang-barang pembersihan juga digunakan oleh para sukarelawan yang membantu untuk kita laksanakan misiĀ #YMbantubanjir. Peralatan-peralatan ini akan terus digunakan setiap masa untuk membantu mangsa banjir.

Ayuh sama-sama hulurkan bantuan, ringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Dec 22, 2021 / Yayasan Maghfirah

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial