Infaq Perigi Afrika

Yayasan Maghfirah melaksanakan kerjasama dengan Alsalam Charity Foundation bagi membantu saudara-saudara Islam di Uganda, Afrika.

Melalui kerjasama ini, Yayasan Maghfirah melaksanakan 3 buah projek bantuan:

  1. Infaq Perigi
  2. Infaq Al Quran
  3. Infaq Pembangunan Masjid

Infaq Perigi, Misi Bantuan Air Bersih

Ribuan keluarga penduduk luar bandar terpaksa mengambil air dari sungai, tasik dan telaga terbuka yang tercemar demi kelangsungan hidup setiap hari. Dalam keadaan serba kekurangan ini, air bersih bukan lagi kemudahan, tetapi satu perjuangan untuk terus hidup.

Kenapa Infak Perigi di Uganda, Afrika?

  1. Statistik kerajaan mendedahkan bahawa lebih 14,000 kampung masih tiada akses kepada sumber air bersih, dan banyak sumber air yang ada sering rosak atau tidak berfungsi kerana kurangnya penyelenggaraan dan pembaikan.
  2. Risiko penyakit bawaan air seperti kolera, disentri dan cirit-birit terus meningkat jika penduduk menggunakan air sungai dan telaga terbuka yang tercemar.
  3. Infak perigi adalah amal jariah yang berpanjangan. Setiap titisan air yang diminum, setiap wuduk yang diambil, dan setiap ibadah yang dilakukan hasil daripada perigi tersebut, insya-Allah mengalir sebagai pahala berterusan buat para penyumbang.

Projek ini bertujuan menyediakan sumber air bersih (perigi) kepada golongan asnaf di Uganda, Afrika. Air bersih sangat terhad, perigi merupakan sumber kehidupan harian buat mereka. Di Afrika, ada keluarga yang perlu berjalan jauh hanya untuk setitik air. Air yang keruh dan tidak bersih merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat mereka.

Hari ini, kita ada peluang untuk ubah hidup mereka dengan hanya satu infaq, kita boleh membina perigi sebagai sumber air bersih yang akan digunakan selama bertahun-tahun.

Galeri Infaq Perigi Afrika