Kempen Infaq Van

Yayasan Maghfirah sedang berusaha menyediakan sebuah van sebagai kemudahan pengangkutan yang lebih selamat, teratur dan sesuai bagi menyokong keperluan pendidikan serta pembangunan para pelajar di bawah rangkaian pendidikan YM Education.

Dari anak kecil di tadika hingga ke Pondok Pengajian Warga Emas, mereka memerlukan kemudahan kenderaan untuk menyertai program dan aktiviti pendidikan. Namun, van yang sedia ada kini sering mengalami kerosakan dan tidak lagi selamat untuk digunakan. Kos baik pulih kerosakan pula sangat tinggi. Van ini bukan sekadar kenderaan, tetapi menjadi penghubung mereka dengan ilmu yang dicari.

Sebuah Van Baharu, Kemudahan Untuk Ramai Pengguna

RM160,000 diperlukan bagi van baharu untuk kegunaan mereka.

Gambar Kempen Infaq Van