Perkampungan ilmu untuk semua lapisan masyarakat
Perkampungan Maghfirah
Mula dibangunkan secara bertahap pada tahun 2022. Tanah seluas 15 ekar yang bertempat di Lenggeng, Negeri Sembilan ini akan menjadi sebuah taman ilmu untuk semua lapisan masyarakat Islam
Visi & Misi Perkampungan Maghfirah
Visi
Menjadi komuniti pendokong ilmu dan amal yang aktif, berakar dari Perkampungan Maghfirah dan berkembang memberi manfaat kepada umat.
Misi
- Menghimpunkan para pencinta ilmu daripada pelbagai latar belakang
- Mewujudkan jaringan kolaboratif antara pelajar, guru, alumni, dan penyokong
- Menjadi agen penyebaran nilai murni dan dakwah melalui aktiviti lapangan
- Membina budaya ilmu, tarbiah dan khidmat dalam kalangan ahli
Perkampungan Maghfirah
Taman ilmu untuk semua
Pelan Pembangunan
- Pondok Unais Maghfirah - Pusat pengajian moden warga emas
- Maahad Tahfiz Al-Maghfirah (MATAM) - Pusat Pendidikan Tahfiz yang boleh menempatkan 200 orang pelajar
- Padang Memanah
- Balapan kuda
- Surau
- Kafe
- Kolam Renang
- Tapak Perkhemahan

| Pondok Unais Maghfirah (PUM)
Mewujudkan sebuah pusat pendidikan dan kediaman Islam khusus bagi warga emas

| Maahad Tahfiz Al-Maghfirah (MATAM)
Sistem Murobbi sebagai “Qudwah Hasanah” dalam membina sahsiah diri yang terpuji

| Sahabat Maghfirah
Jom jadi sebahagian daripada komuniti Perkampungan Maghfirah