logoYM2022_melintang.png

jangan biar mereka berjuang sendiri

Walaupun beberapa kawasan banjir telah surut, ada juga kawasan yang baru dinaiki air. Bahkan ada lagi kawasan yang sedang berjaga-jaga dengan musibah banjir.

Berikut persiapan sebelum banjir. Apa yang penting, pastikan semua ahli keluarga anda selamat. Moga Allah sentiasa melindungi anda semua walau di manapun anda berada.

Ayuh sama-sama ringankan beban saudara-saudara kita. Berikan sumbangan anda, tak kira tenaga mahupun wang ringgit.

 

Kami sentiasa bersiap siaga untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Mereka sangat-sangat memerlukan kita.

Barangan yang dibawa iaitu :
1) 150 pek Maghfirah meal
2) 200 pek kit kebersihan
3) 60 toto dan selimut
4) Pakaian


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat.

Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat.

Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).


Ayuh sama-sama hulurkan bantuan, ringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial