Perbincangan Bantuan Mangsa Banjir

Jumlah mangsa banjir semakin meningkat daripada 23,000 pada tengahari 20/12/2021 kepada 43,000 pada jam 9.00 pagi tadi.

Ramai yang kehilangan tempat tinggal & harta benda dihanyutkan arus deras. 

Kami dalam perbincangan membantu mangsa-mangsa banjir dengan lebih meluas.

Dalam pada itu, Kami memerlukan lebih 40 sukarelawan untuk pembersihan, agihan makanan & pembungkusan. Jom sumbang tenaga anda untuk meringankan beban mangsa-mangsa bencana ini.

Jenis Bantuan yang akan kami salurkan berbentuk :

  • Pembersihan Rumah
  • Pek Makanan Siap masak
  • Bantuan Makanan Asas

Jom Jadi Sebahagian Dari Kami!

Jom Daftar Sukarelawan!

Klik Link di Bawah

Dec 20, 2021 / Yayasan Maghfirah

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial