Makanan Siap Masak Menjadi Keutamaan Di Waktu Bencana Banjir

#YMbantubanjir

Alhamdulillah.. Makanan siap masak menggunakan teknik retort (nasi dan lauk) menjadi keutamaan di waktu bencana banjir seperti sekarang. Makanan tahan berbulan bulan tanpa perlu sejuk beku.

Persediaan Yayasan Maghfirah berbulan sebelum ini bagi menghadapi bencana hujung tahun terasa berbaloi apabila ribuan pek telah diagihkan kepada mangsa banjir.

Terima kasih kepada warga kerja Yayasan Maghfirah dan para penyumbang. Semoga semuanya diganjari dengan sebaik baik balasan oleh Allah swt.

(Sumber: Facebook Tuan Haji Arifin Manan)

Ayuh sama-sama hulurkan bantuan, ringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Dec 22, 2021 / Yayasan Maghfirah

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial