Habis musnah harta benda, pakaian, pertanian, perternakan

IBARAT SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA HABIS MUSNAH HARTA BENDA, PAKAIAN, PERTANIAN, PENTERNAKAN

MISI BANTUAN PASCA BANJIR KE 3 DAERAH DI SELANGOR

Semua sedia maklum, kita masih lagi sedang berdepan ancaman pandemik covid-19, tetapi juga bencana banjir besar yang menyebabkan kehilangan harta benda.

Misi bantuan pasca banjir mensasarkan di tiga daerah yang terjejas iaitu, Shah Alam, Klang dan Hulu Langat.

TABUNG KECEMASAN BENCANA BANJIR akan diagihkan terus kepada penerima bantuan mangsa banjir yang dijangka mengambil masa selama 7 hari mengikut tempat yang terlibat.

Sumbangan yang diberikan berbentuk kit kebersihan, makanan (Maghfirah meal), peralatan tidur (selimut) dan menghulurkan bantuan tenaga untuk pembersihan rumah mangsa.

Tim Yayasan Maghfirah bersama-sama sukarelawan Skuad Kita Bantu mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir bermula hari Ahad sehari selepas banjir melanda.

“Tidak berkurang Harta Orang Yang Bersedekah” (H.R Muslim)

Ayuh kita bersama ubati kesedihan mangsa banjir dengan memberi sumbangan kepada mereka.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial