Tabung Kecemasan Bencana Bersiaran Lansung Di TV-Alhijrah

Alhamdulillah pagi tadi, Yayasan Maghfirah bersiaran secara langsung di TV Al Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum. Pengurus Projek Bencana, En Lukmanul Hakeem berkongsi tentang inisiatif Yayasan Maghfirah yang melancarkan Tabung Kecemasan Bencana bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Yayasan Maghfirah telah mengagihkan banyak bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Seawal hari pertama bencana, tim Yayasan Maghfirah telah mengagihkan pek makanan Maghfirah Meal di Pusat Penempatan Sementara mangsa banjir. Alhamdulillah, syukur sangat dapat membantu saudara-saudara kita yang memerlukan. #YMbantubanjir

Ayuh sama-sama hulurkan bantuan, ringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Dec 28, 2021 / Yayasan Maghfirah

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial