logoYM2022_melintang.png

Pembinaan asnaf johor dan lembah klang

JOHOR – Pembinaan asnaf Johor dan Lembah Klang (Rabu 8 Jun 2022) Kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam Negeri Johor yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, En Shuib Norudin, kami gunakan bagi membincangkan solusi pembinaan asnaf yang telah disantuni oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Yayasan Maghfirah. 

Pelbagai idea yang dibincangkan termasuklah pembinaan jati diri asnaf agar mereka mampu berdikari dan keluar daripada kepompong kemiskinan. 

Pertemuan Yayasan Maghfirah bersama Ustaz Mohd Firdaus, Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru, En Fahmi selaku wakil Persatuan Riadah Anak Johor dan En Ramdan, mewakili Skuad Kita Bantu Johor ini juga diakhiri dengan persetujuan perlaksanaan ibadah korban untuk ummah pada bulan Julai ini.

Kami ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak MAINJ, Persatuan Riadah Anak Johor dan Skuad Kita Bantu Johor atas ruang dan masa yang diberikan.

Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini, menjadi asbab kita semua ke syurga Allah S.W.T. Ayuh bersama Yayasan Maghfirah menzahirkan rasa syukur dengan menginfaqkan harta anda agar lebih ramai lagi asnaf dapat merasai nikmat yang diberi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial