logoYM2022_melintang.png

Al-Quran Braille Standard Malaysia 2023 versi terbaik setakat ini

Al-Quran Braille Standard Malaysia 2023 versi terbaik setakat ini

Alhamdulillah, YM bersama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia(PERTIS) baru sahaja memperkenalkan Al-Quran Braille Standard Malaysia 2023.

Pebagai penambahbaikan yang dibuat di versi 2023 ini iaitu :
Yang Pertamanya adalah Cara penulisan diselaraskan menghampiri Rasm Uthmani dimana Al Quran Braille sebelum ini Rasm Imla’i. Kedua, Ilmu penulisan dan Penandaan Al-Quran khas mengikut apa yang telah diputuskan oleh ulama Dhabt. Ketiga, Mempunyai 10 kod penambahan tanda baca baharu dan lima (5) penambahbaikan penulisan al-quran Braille. Keempat, Terbahagi kepada 6 jilid yang disusun mengikut surah. Kelimanya, Bersaiz 11.50 × 9.75 inci. Keenam, Terdapat mukasurat Al-Quran celik bercetak di sebelah kiri. Ketujuh, Terdapat penerangan ringkas tentang cara penulisan Al-Quran di setiap jilid. Kelapan, Terdapat doa khatam Quran. Kesembilan, Terdapat senarai surah dan tempat turunnya.

Dengan adanya banyak menambahbaikan ini, Semoga Lebih ramai orang upaya penglihatan dapat mendalami Al-Quran seterusnya mengamalkan dalam aktiviti seharian.
Untuk Sumbangan, Anda boleh klik “Sumbang” di bawah. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada pegawai kami dengan nombor 011 4008 2423(Pn Atikah)

Assalamualaikum,
Selamat Datang!

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial