logoYM2022_melintang.png

YM Ziarah Rumah Pakcik Jalal

Pakcik Jalal merupakan salah seorang penerima bantuan Foodbank PUSKOM YM. Beliau dan pasangan merupakan OKU yang mendapat tajaan bagi program Foodbank di PUSKOM YM.

Beliau dan pasangan menetap di Kg Sg Sekamat. Namun, sewaktu program Foodbank PUSKOM pada kali yang kedua, mereka tidak dapat hadir atas faktor kesihatan yang kurang baik. Oleh itu, pihak YM mengambil inisiatif untuk menziarahi dan menghantar barang bantuan kepada mereka.

En Jalal merupakan OKU yang bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk berjalan dan keluar rumah. Beliau mengalami kemalangan motorsikal yang menyebabkan kedua belah kakinya tidak lagi mampu untuk berjalan seperti biasa.

Beliau amat memerlukan lampin dewasa untuk kegunaan seharian dan sebuah kerusi roda yang baharu untuk memudahkan pergerakan di dalam rumah. Isterinya pula merupakan OKU sebelah kaki kerana menghidap kanser tulang. Lebih menyedihkan apabila hanya mereka berdua sahaja yang menguruskan rumah.

Pasangan OKU ini sangat cekal dan tabah demi kelangsungan kehidupan mereka. Mereka merupakan antara pasangan yang begitu komited dan bersemangat menghadiri program ceramah di PUSKOM. Mereka juga merupakan penerima tajaan program Foodbank buat bulan Januari.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah.

Program Foodbank kali ini dijalankan sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan. Komitmen dan kehadiran para penerima sangat penting bagi memastikan program Foodbank ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Program Foodbank ini merupakan salah satu antara beberapa buah program di bawah kempen jiwa peduli. Kempen Jiwa Peduli ini memfokuskan kebajikan individu, keluarga, masyarakat, dan komuniti. Semoga usaha ini diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Moga berjumpa lagi pada bulan yang akan datang. Insya Allah.

“Bersedekah Itu Menghapuskan Dosa, Ibarat Air Yang Memadamkan Api” – Hadis Riwayat Tirmizi.

Bagi anda yang ingin menyumbang, anda boleh klik “Jom Menyumbang” di bawah. Setiap sumbangan sangat bermakna buat setiap yang menerima.

JOM USAHA SEMAMPU KITA

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial