YM ziarah rumah Adik Adeeb Rayyan

Adik Adeeb merupakan serorang pemegang kad OKU pendengaran sejak lahir. Tinggal berdua bersama ayahnya yang juga merupakan seorang OKU fizikal disebabkan kehilangan kaki sewaktu kecelakaan ditempat kerja.

Dua beranak ini menetap di Sungai Besi. Dimana ayah Adik Adeeb iaitu Encik Syafique kini bekerja sebagai posmen dalaman.

Menurut Encik Syafique, adik Adeeb mula disahkan mempunyai masalah pendengaran sewaktu berumur satu tahun dimana dia kelihatan begitu lena tidur walaupun ketika itu suasana diluar rumah riuh kedengaran mercun dan bunga api dipasang sewaktu sambutan hari raya.

Keesokan harinya, mereka ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan dan doktor mengesahkan adik adeeb mempunyai masalah pendengaran yang sangat kritikal.

Atas kesempitan hidup, adik adeeb hanya dapat dihantar untuk belajar di sekolah pendidikan khas sahaja dan tiada sebarang rawatan mahupun pembedahan koklea dapat dijalankan.

Demi pengorbanan seorang ayah membesarkan anak OKU ini, Encik Syafique sanggup belajar bahasa isyarat supaya mudah untuk berkomunikasi bersama adik Adeeb.

Moga suatu hari nanti adik Adeeb menjadi seorang insan yang berbakti buat ayahnya semula.

Alhamdulillah melalui sumbangan orang ramai, kami mewakili keluarga Yayasan Maghfirah bertemu dengan keluarga ini untuk meraikan mereka berbuka puasa melalui kempen Kongsi Rezeki.

Kempen Kongsi Rezeki merupakan salah satu kempen yang dianjurkan oleh Yayasan Maghfirah bagi mengajak lebih ramai mereka diluar sana untuk bersedekah mahupun menaja golongan susah seperti asnaf, oku, warga emas, pelajar tahfiz untuk turut merasai keseronokkan ramadan.

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat al-Tirmizi).

Bagi anda yang ingin menyumbang, jom salurkan sumbangan anda dengan Klik Link di bawah sekarang :

http://bit.ly/sedekahymdotcom

#SedekahYM.com
#Sedekah
#MemburuAlQadr
#RaikanRamadan
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
RM
Personal Info

Donation Total: RM1,000.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial