logoYM2022_melintang.png

YM ZAHIRKAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA RAKAN KERJASAMA KORBAN UMMAH 2023

Korban Ummah 2023 mencatatkan sejarah yang baru buat YM dimana, tahun ini YM telah menjalinkan kerjasama bersama pihak masjid, surau dan komuniti setempat bagi menjayakan ibadah korban.

Pembaharuan yang dibuat pada tahun ini sangat memberi impak yang positif terhadap pengurusan dan pelaksanaan ibadah korban sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Justeru, pihak YM berbesar hati untuk memberi ucapan penghargaan kepada rakan kerjasama YM untuk korban ummah 2023 yang terdiri daripada:

1. Masjid Jamek Al-Khadijah Kuala Lumpur
2. Surau Al-Muhajirin Bangi
3. Masjid As-Sobirin Bukit Changgang Banting
4. Surau Al-Sakinah Banting
5. Surau Seri Tanjung Seksyen 7 Bangi
6. Maahad Tahfiz Al-Maghfirah (MATAM)
7. Kampung Kaiboton, Sandakan
8. Kampung Panji, Lahad Datu

Juga semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga jalinan kerjasama ini akan berkekalan dan memberi impak positif serta kebaikan kepada masyarakat dan juga negara.

Buat para peserta korban, pihak YM juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima di sisi Allah SWT.

Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah

#IbadahKorban
#KobanUntukUmmah2023
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial