logoYM2022_melintang.png

YM taja Kursus Kopetensi Pengurusan Restoran bagi 25 pelajar

Alhamdulillah, Semalam baru sahaja selesai hari terakhir Kursus Kopetensi Pengurusan Restoran. Kursus yang berjalan selama 5 hari ini melibatkan 25 orang pelajar di bawah tajaan Yayasan Maghfirah. Untuk pengetahuan anda juga, ini merupakan satu inisiatif YM dalam Tabung Peniaga Kecil bagi memberi asas ilmu dan jalan supaya mereka lebih bersikap terbina dan berpelajaran dalam memasuki bidang-bidang yang terlibat.

Tajaan ini bernilai RM25,000.00 selama 5 hari iaitu melibatkan 25 orang pelajar yang mana kos bagi satu pelajar bernilai RM1,000.00.

Hari terakhir mereka ini juga turut menyentuh modul “Konsep Halalan Toyiban Dlm Industri Pemakanan”. KIta semua sedia maklum pemakanan halal dalam Islam ialah halal lagi baik (halalan toyyiban) iaitu terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan tidak memudaratkan.

Para peserta diberi pendedahan berkaitan jenis2 bahan halal, non-halal menurut konsep Islam, pemprosesan makanan halal, bahan-bahan perasa makanan yang tidak halal, sembelihan, jenis-jenis haiwan sebagai bahan makanan serta isu2 halal dan sijil halal masa kini.

Perkara ini penting dan direka khusus untuk membimbing dan menyediakan khidmat nasihat profesional dalam usaha sesebuah perniagaan dan premis memohon dan mengekalkan status halal bagi produk-produk yang dihasilkan. Selain itu, pelbagai aktiviti berkumpulan dilaksanakan sepanjang program berlangsung yang menguatkan lagi kefahaman peserta terhadap keseluruhan proses halal dalam sesebuah organisasi

Semoga keterlibatan para peserta dalam kursus-kursus yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung dapat memberi manfaat dan semangat kepada mereka.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial