logoYM2022_melintang.png

YM Sabah hadiri Majlis Al-Quran Braille Standard Malaysia(ABSM)

SANDAKAN, 27 Januari – YM Sabah telah dijemput menghadiri majlis perasmian Kursus Modul Pengajaran Al-Quran Braille Standard Malaysia (ABSM) anjuran Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, Wilayah Sabah di The Pavilion Hotel.
 
Kursus ABSM ini telah dirasmikan oleh Ust. Janis @ Ahmad Jani Bin Nawawi selaku Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Sandakan. Turut menghadiri majlis perasmian ini ialah ahli jawatankuasa PERTIS Pusat dan wakil bahagian Zakat dan Fitrah MUIS Sandakan.
Difahamkan bahawa Kursus ABSM ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ABSM yang merupakan Al-Quran resam Uthmani yang membawakan hampir 90% persamaan seperti Al-Quran biasa berbanding Al-Quran Braille versi Imla’i sebelum ini.
 
Untuk makluman, YM telah bekerjasama dengan PERTIS dalam menjalankan beberapa projek yang mensasarkan golongan OKU penglihatan seperti projek cetakan Al-Quran Braille, Kelas Sahabat Al-Quran Braille (SAQB) serta usaha pembelian bangunan baru PERTIS di Kuala Lumpur.
 
“Pengajian Al-Quran Braille amat signifikan dalam kehidupan OKU penglihatan dan amat diperlukan kerana ianya dapat membantu OKU penglihatan dalam usaha mengenal, memahami, mencintai dan meneladani Al-Quran,” ucap Ust. Janis ketika merasmikan kursus ini.
 
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat seterusnya memperkasakan lagi golongan OKU penglihatan khususnya di Sabah insyaAllah.

Pebagai penambahbaikan yang dibuat di versi 2023 ini iaitu :
Yang Pertamanya adalah Cara penulisan diselaraskan menghampiri Rasm Uthmani dimana Al Quran Braille sebelum ini Rasm Imla’i. Kedua, Ilmu penulisan dan Penandaan Al-Quran khas mengikut apa yang telah diputuskan oleh ulama Dhabt. Ketiga, Mempunyai 10 kod penambahan tanda baca baharu dan lima (5) penambahbaikan penulisan al-quran Braille. Keempat, Terbahagi kepada 6 jilid yang disusun mengikut surah. Kelimanya, Bersaiz 11.50 × 9.75 inci. Keenam, Terdapat mukasurat Al-Quran celik bercetak di sebelah kiri. Ketujuh, Terdapat penerangan ringkas tentang cara penulisan Al-Quran di setiap jilid. Kelapan, Terdapat doa khatam Quran. Kesembilan, Terdapat senarai surah dan tempat turunnya.

Dengan adanya banyak menambahbaikan ini, Semoga Lebih ramai orang upaya penglihatan dapat mendalami Al-Quran seterusnya mengamalkan dalam aktiviti seharian.
Untuk Sumbangan, Anda boleh klik “Sumbang” di bawah. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada pegawai kami dengan nombor 011 4008 2423(Pn Atikah)

JOM USAHA SEMAMPU KITA

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial