logoYM2022_melintang.png

YM Sabah Agih 100 Pek bakul makanan jiwa peduli di Kampung kaiboton, Sabah

YM Sabah Agih 100 Pek bakul makanan jiwa peduli di Kampung kaiboton, Sabah

Pada 23 Disember lalu, YM Sabah menyantuni dan membawa 100 pek bakul makanan Jiwa Peduli untuk penduduk di Kg. Kaiboton, Paitan sempena program Amali Dakwah anjuran Yayasan Ikhlas Sandakan dengan kerjasama Pejabat Jheains Paitan.
Kg. Kaiboton ini terletak di pedalaman Beluran dan untuk memasukinya mengambil masa dalam 6 jam menaiki kereta pacuan 4 roda. Sebelum ini Yayasan Maghfirah telah pun membina sebuah surau di kampung ini bagi kegunaan umat Islam terutamanya muallaf di kampung itu.
100 pek bakul makanan telah pun diserahkan kepada penduduk kampung ini. Selain agihan bakul makanan, slot Amali Dakwah telah dijalankan bagi membimbing penduduk Islam khususnya muallaf dalam melaksanakan fardu ain seperti berwuduk dan menunaikan solat fardu.
“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada YM Sabah dan Yayasan Ikhlas yang sudi datang ke pedalaman Kaiboton ini untuk menyantuni Muallaf di kampung ini,” ucap Ust Malik, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Paitan.
Semoga sumbangan bakul makanan Jiwa Peduli ini dapat meringankan beban penduduk Kg. Kaiboton serta diharap agar mereka mendapat manfaat daripada Program Amali Dakwah ini.
———————-
Marilah menyumbang:
Maybank
562263552802
Yayasan Maghfirah
Reference: ymsabah

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial