logoYM2022_melintang.png

YM mahu lahirkan lebih ramai anak-anak mahu belajar Al-Quran

10/12/2022, Lenggeng – Buat Julung kalinya, Program Training Of Trainer Menjadi program pertama kepada pembukaan Pusat Latihan dan Dakwah Yayasan Maghfirah. Program ini melibatkan 15 Cawangan Kelas Sahabat Al-Quran di Kuala Lumpur dan Selangor. Program yang bermula 8.00 pagi hingga 4.30 petang itu merangkumi bab-bab seperti kaedah pembelajaran, pengurusan, cara berkomunikasi, pelaksanaan kaedah pembelajaran, Penerangan mengikut aras, dan banyak lagi. Program ini juga turut dihadiri Encik Lukmanul Hakim Bin Mohammad, Katua Jabatan Operasi Yayasan Maghfirah.

Ini merupakan inisiatif Yayasan Maghfirah bagi melahirkan Lebih ramai anak-anak yang mahu belajar Al-Quran. Untuk pengetahuan anda juga, YM kini baru sahaja membuka cawangan Kelas Sahabat Al-Quran di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kelas SAQ baharu ini akan bertempat di Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah.

Sebagai tanda sokongan anda terhadap usaha Yayasan Maghfirah untuk melahirkan Lebih ramai anak-anak asnaf yang lancar membaca Al-Quran. Anda boleh menyumbang dengan klik butang di bawah.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial