logoYM2022_melintang.png

YM laksana 12 buah projek di bawah kempen Raikan Ramadan

YM laksana 12 buah projek di bawah kempen Raikan Ramadan

Bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang Allah menurunkan banyak rahmah, memberikan
pengampunan dan menyediakan jaminan pembebasan manusia daripada api neraka. Tidak cukup
dengan itu, Allah SWT juga menutup pintu neraka, membelenggu pergerakan syaitan dan membuka
seluas-luasnya pintu syurga.


Tahun 2023 merupakan tahun yang dianggarkan bahawa seluruh dunia akan mengalami kelembapan
ekonomi dan umum mengetahui bahawa ekonomi negara Malaysia telah menguncup sebanyak 4.5
peratus pada suku ketiga tahun 2021. Hal ini menjadikan, rakyat Malaysia semakin terhimpit dengan
kos sara hidup, lebih-lebih lagi buat mereka yang dilanda masalah kewangan.


Oleh itu, YM mengambil posisi dan tanggungjawab bagi meringankan penderitaan sebahagian
masyarakat asnaf dan daripada golongan B40 melalui inisiatif pelbagai jenis bantuan buat mereka.
Pada tahun 2022, Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan ramadan sebanyak RM
330,000.00 kepada lebih 10,000 asnaf di seluruh negara. Di samping itu, YM juga mengagihkan
bantuan Ramadan kepada negara Timur Tengah iaitu Lubnan dan Mesir sebanyak RM 55,000.00
dengan jumlah penerima manfaat ialah seramai 1,300 orang. Ramadan tahun lepas juga merupakan
julung kali YM mengadakan sebuah Majlis Amal Maghfirah berkonsepkan majlis berbuka puasa
eksklusif bagi meraikan 300 orang asnaf yang terdiri daripada anak yatim, pelajar tahfiz, OKU
Penglihatan dan anak-anak tajaan kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) YM.


Alhamdulillah, hari ini Yayasan Maghfirah sekali lagi melancarkan Kempen Raikan Ramadan Tahun
2023 dengan tema ‘Berkongsi Rezeki, Manisnya Memberi’. Kempen Raikan Ramadan ini membuka
ruang dan peluang kebaikan merebut keberkatan Ramadan kepada masyarakat Malaysia untuk
berkongsi rezeki bersama keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan di luar sana. Semoga dengan
amalan sedekah yang istiqamah ini, lebih lagi dilaksanakan dalam bulan mulia ini, memberikan nikmat
kemanisan dan kebahagiaan baik kepada orang yang memberi mahupun yang menerima.
YM menyasarkan seramai lebih 10,000 orang yang bakal menerima manfaat bagi kempen ‘Raikan
Ramadan’ pada tahun ini dengan jumlah RM 500,000.00. Antara tempat yang bakal diagihkan
antaranya adalah pusat-pusat kebajikan, rumah anak yatim, pusat-pusat rawatan perubatan, pusat
tahfiz, kelas Sahabat Al-Quran (SAQ), kelas SAQ Braille dan pusat komuniti YM. Agihan ini bakal
dilaksanakan di beberapa buah negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Selangor, KL, Kedah dll
bersama-sama Skuad Kita Bantu yang merupakan kumpulan sukarelawan YM di seluruh negara. Selain
itu, YM berbesar hati akan meneruskan perlaksanaan Majlis Amal Maghfirah (MAM) yang bakal
meraikan seramai 350 orang asnaf, terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz, golongan OKU,
dan anak-anak tajaan Kelas SAQ.


Oleh itu, YM hari ini melancarkan kempen Raikan Ramadan dengan 5 buah pakej Raikan Ramadan:


1. Infak Ramadan Bronze (RM 50)
2. Infak Ramadan Silver (RM 100)
3. Infak Ramadan Gold ( RM 300)
4. Infak Ramadan Diamond (RM 500)
5. Infak Ramadan Platinum(RM 1000)


Setiap sumbangan tuan-tuan dan puan-puan melalui pakej-pakej tersebut akan kami agihkan kepada
12 buah kempen yang berjalan sepanjang bulan Ramadan ini.


KEMPEN RAIKAN RAMADAN 2023

1. PAKEJ INFAK AL QURAN i. Objektif: Agihan Al-Quran dan Perlaksanaan Kelas Pengajian Al-Quran bermodul
secara percuma. ii. Golongan sasaran: Asnaf di (Lembah Klang, Sabah, N.Sembilan, Johor, Perak, Kedah),
pusat kebajikan dan perlindungan, pusat warga emas, pusat-pusat tahfiz, rumahanak-anak yatim & mereka yang memerlukan. iii. Penerima manfaat: 2000 orang 

2. PAKEJ INFAK KELAS SAHABAT AL QURAN BRAILLE i. Objektif: Agihan Al-Quran Braille dan Kelas Pengajian Al-Quran Braille secara percuma ii. Golongan sasaran: OKU Penglihatan di Seluruh Malaysia iii. Penerima manfaat: 500 orang 

3. PAKEJ TAJAAN IFTAR : KONGSI REZEKI i. Objektif: Agihan bantuan makanan iftar & sahur ii. Golongan sasaran: Asnaf di (Lembah Klang, Sabah, N.Sembilan, Johor, Perak, Kedah),
pusat kebajikan dan perlindungan, pusat warga emas, pusat-pusat tahfiz, rumahanak-anak yatim, mahasiswa/mahasiswi & mereka yang memerlukan. 

iii. Anggaran penerima manfaat: 5,000 orang 


4. TAJAAN BARANGAN ASAS : JIWA PEDULI i. Objektif: Agihan bantuan makanan asas & pek syawal.
iv. Golongan sasaran: Asnaf di (Lembah Klang, Sabah, N.Sembilan, Johor, Perak, Kedah),
pusat kebajikan dan perlindungan, pusat warga emas, pusat-pusat tahfiz, rumahanak-anak yatim, mahasiswa/mahasiswi & mereka yang memerlukan. ii. Anggaran penerima manfaat: 1,000 orang 

5. TAJAAN PENAMBAHBAIKKAN BANGUNAN & PEMBELAJARAN PELAJAR MESIR : DARUL
MAGHFIRAH MESIR
i. Objektif: Penambahbaikan fasiliti bangunan Darul Maghfirah & Program
Pembelajaran Bagi Pelajar Malaysia di Mesir
ii. Golongan sasaran: Para pelajar Malaysia di mesir.
iii. Anggaran penerima manfaat: 700 orang


6. INFAK PEMBELIAN BANGUNAN PERTIS : INFAK BANGUNAN PERTIS (Persatuan Orang-orang
Cacat Penglihatan Islam Malaysia)
i. Objektif: Pembelian sebuah bangunan di Kuala Lumpur untuk dijadikan one stop
centre dan pusat dakwah khusus untuk menjalankan aktiviti golongan oku
penglihatan.
ii. Golongan sasaran: Pertis dan OKU penglihatan seluruh Malaysia
iii. Anggaran penerima manfaat: Ahli pertis dan oku penglihatan di Malaysia


7. TABUNG RAIKAN RAMADAN
i. Objektif: Menggalakkan masyarakat konsisten bersedekah setiap hari di dalam bulan
ramadan. Dana ini akan digunakan untuk perlaksanaan projek-projek YM.
ii. Jumlah sumbangan minimum: RM 30


8. TAJAAN PENDIDIKAN ANAK YATIM : LESTARI ANAK YATIM
i. Objektif: Program Pendidikan dan pembangunan sahsiah kepada anak-anak yatim
selama setahun.
ii. Golongan sasaran: Pusat anak yatim di Lembah Klang
iii. Anggaran penerima manfaat: Ahli pertis dan oku penglihatan di Malaysia


9. BANTUAN TIMUR TENGAH
i. Objektif: Agihan iftar dan barangan keperluan Ramadan.
ii. Golongan sasaran: Pelarian syria dan masyarakat yang memerlukan di lubnan
iii. Penerima manfaat: 500 orang


10. INFAK PUSAT LATIHAN DAKWAH
i. Objektif: Pembelian sebuah pusat dakwah untuk kegunaan pelatihan guru dan pelajar
SAQ, aktiviti sukaralewan & program dakwah kepada sukarelawan dan masyarakat
sekitar.
ii. Golongan sasaran: guru dan anak SAQ, para sukarelawan & masyarakat sekitar.


11. TAJAAN MAJLIS AMAL MAGHFIRAH
i. Objektif: Majlis iftar untuk meraikan para asnaf, anak saq, anak yatim, warga emas &
golongan oku penglihatan supaya dapat merasai kemeriah bulan Ramadan.
ii. Golongan sasaran: asnaf, pelajar saq, anak yatim, warga emas & golongan oku
penglihatan.
iii. Penerima manfaat: 350 orang


12. TAJAAN PELAJAR TAHFIZ : MAAHAD TAHFIZ AL-MAGHFIRAH (MATAM)
i. Objektif: Tajaan khusus untuk para pelajar tahfiz seperti
1. Infaq Makanan Pelajar RM 200,00
2. Infaq Van Coaster MATAM RM 230,000.
3. Infaq Tajaan Pelajar RM 200,000
ii. Golongan sasaran: Para pelajar maahad tahfiz al – maghfirah
iii. Penerima manfaat: 24 orang


Pada Ramadan kali ini juga, YM akan melaksanakan sekali lagi Majlis Amal Maghfirah yang bertujuan
meraikan golongan asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan pelajar-pelajar
kelas Sahabat Al-Quran tajaan Yayasan Maghfirah. Kepada dermawan budiman di luar sana yang ingin
menaja anak-anak ini boleh menghubungi Puan Atikah 011-40082423.


Yayasan Maghfirah ingin mengajak masyarakat Malaysia untuk meraikan Ramadan dengan merancang
sebaiknya amal ibadah di bulan mulia. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun bank MAYBANK 5622
6355 2802 atau lebih mudah melalui website sedekahym.com


Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai kami di talian 011-6400 1649. Terus menyokong
bersama menjayakan kempen Raikan Ramadan, Yayasan Maghfirah.


Wadah Dakwah Anda.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial