logoYM2022_melintang.png

YM catat kenaikan jumlah penyertaan ibadah korban berbanding tahun 2022

Alhamdulillah, YM terus mencatat kenaikan penyertaan ibadah korban dari tahun ke tahun. Tahun ini YM mencatat jumlah binatang sebanyak 474 ekor binatang korban mengatasi jumlah tahun lepas iaitu 452 ekor.

Pada Tahun ini YM mencatatkan 58 ekor lembu dan 416 ekor kambing/biri-biri. Jumlah ini melibatkan 15 ekor lembu dan 11 ekor kambing dalam negara selebihnya di luar negara.

Lokasi penyertaan korban tertinggi pada tahun ini bertempat di Mekah dengan 390 ekor kambing didaftarkan untuk ibadah korban.

Sedikit info perkembangan ibadah korban YM boleh rujuk gambar rajah di bawah.

Berikut di bawah perkembangan YM dalam menyantuni negara-negara bagi ibadah korban. InshaAllah di tahun akan datang, YM akan menyantuni lebih lagi negara untuk menyampaikan nyiar islam dan membantu masyarakat sesama islam kita.

Semoga ibadah Tuan/Puan ini diterima oleh Allah dan darah binatang korban yang tumpahnya ke bumi ini menjadi saksi ibadah Tuan/Puan.

Untuk anda yang terlepas ibadah korban, Kami ada menyediakan pakej sedekah daging. Sedekah daging ini berbeza dengan ibadah korban kerana iainya berbentuk sedekah. Namun, kedua-dua ini telah tutup penyertaan.

Kalau anda ingin menyumbang, anda boleh terus menyumbang untuk tabung ikhlas kami bagi membantu orang-orang yang memerlukan. Tabung ini dibina bagi menampung kempen-kempen yang memerlukan dana dan keperluan segera. 

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial