logoYM2022_melintang.png

YM Agih Quran Braille yang diinfakkan penyumbang di Bandar Tasik Selatan dan KL

Alhamdulillah pada 12 Jun 2023 (Rabu) agihan Infak al-Quran Braille telah diserahkan di 2 tempat iaitu di Bandar Tasik Selatan dan di Kuala Lumpur.

Puan Romainun tidak bekerja dan hanya mengharapkan dari socso untuk menyara kehidupannya seharian. Anak tiri Puan Romainun juga salah seorang OKU Penglihatan tetapi tidak tinggal sekali bersama Puan Romainun kerana bekerja di Perak.

Manaka En. Mislan, Puan Rosmawati dan Puan Faridah, ketiga-tiganya merupakan juru urut di sekitar Kuala Lumpur. Keempat-empat penerima Quran Braille ini merupakan OKU Penglihatan dari kecil dan sudahpun mahir membaca al-Quran Braille. Mereka menyatakan al-Quran Braille mereka yang lama sudah haus kerana sudah terlalu lama maka dengan pemberian Quran Braille yang baru ini dapatlah mereka membaca al-Quran dengan baik dan tidak akan tersalah membaca ayat suci al-Quran.

Mereka sangat gembira dan teruja dengan penerimaan al-Quran dan mendoakan para penyumbang agar dimurahkan rezeki dan mendoakan pahala yang berpanjangan.

Semoga dengan sumbangan al-Quran Braille dan tajaan kelas Sahabat al-Quran Braille (SAQB) ini makin ramai OKU Penglihatan dapat membaca dan belajar al-Quran serta mengalir juga pahala kepada penyumbang setiap kali mereka membacanya.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial