logoYM2022_melintang.png

YM agih keperluan mangsa banjir di Johor

YM agih keperluan mangsa banjir di Johor

Alhamdulillah.. Terima kasih buat semua sukarelawan Skuad Kita Bantu yang terlibat dalam misi agihan keperluan buat mangsa-mangsa banjir di sekitar Kota Tinggi yang disertai bersama Riadah Anak Johor pada hari ini 28 Januari 2023. Selain itu, YM juga berterima kasih pada MBSB Bank yang telah menaja Maghfirah Meal untuk misi kali ini.

Program bermula seawal jam 9 pagi dimana kesemua sukarelawan berkumpul untuk mengasingkan kit kebersihan, kit makanan dan kit emosi. Kami bergerak menggunakan 5 kenderaan menuju ke sekitar Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Kota Tinggi, Johor.

Kunjungan pertama kami adalah di Kg Semangar dimana terdapat 15 keluarga ditempatkan di PPS SK SEMANGAR. Sebanyak 64 kit makanan diagihkan kepada mangsa-mangsa disini. Kami juga mengagihkan 10 kit emosi kepada kanak-kanak yg terlibat dan menyapa mereka, sedikit sebanyak dapat menghiburkan mereka dan membuat mereka berasa seronok.

Setelah itu, kami ke lokasi persinggahan kedua iaitu di PPS SK SG TELOR yang bertempat di Kg Sungai Telor. Disini kami mengagihkan sebanyak 12 kit kebersihan, 12 kit makanan serta 2 kit emosi. Hanya terdapat seramai 4 keluarga mangsa sahaja ditempatkan.

Persinggahan ketiga kami ialah di Felda Pasak yang menempatkan 11 buah keluarga di PPS SK TUN DR SYED NASIR. Disini kami mengagihkan sebanyak 64 kit makanan, 44 kit kebersihan serta 8 kit emosi.

Persinggahan keempat kami adalah di PPS SK MAWAI yang bertempat di Mawai. Seramai 17 keluarga ditempatkan disini dan kami telah mengagihkan sebanyak 80 kit makanan serta 55 kit kebersihan.

Atas faktor cuaca, rancangan Skuad Kita Bantu untuk membersihkan MADRASAH TAHFIZ KOTA TAUHID yang bertempat di Kg Baru Sg Mas tidak dapat dilaksanakan akibat hujan dilokasi semakin lebat dan tidak menampakkan tanda mahu berhenti. Atas nasihat pengendali disana, kami terpaksa membatalkan hasrat untuk membersihkan madrasah tersebut.

Terima kasih kepada 20 orang sukarelawan yg terlibat dalam misi kali ini. Insya’Allah kita akan melakukan pembersihan di kawasan-kawasan tertentu di daerah Kota Tinggi, Kluang serta daerah-daerah lain yg terjejas.

JOM USAHA SEMAMPU KITA

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial