logoYM2022_melintang

YM Agih Bantuan Barangan Sekolah di SK Sungai Limau, Sungai Besar

Alhamdulillah telah selesai Majlis Program Bantuan Barangan Sekolah di Sk Sg Limau, Sg Besar.

Sumbangan yang anda beri telah kami salurkan kepada para pelajar yang sangat memerlukan. Pihak sekolah telah memilih seramai 100 orang murid yang layak menerima bantuan dimana mereka ini terdiri dari kalangan pelajar RMT, golongan asnaf dan B40.

Para penerima sumbangan telah mendapat bantuan berbentuk voucher dan mereka boleh menebus set pakaian lengkap bagi sesi persekolahan yang akan datang. Set pakaian lengkap terdiri daripada baju sekolah, seluar/kain, tudung, kasut dan juga 3 pasang stokin.

Kami juga bebesar hati untul mengajak para dermawan, yang ada sedikit lebihan harta untuk berkongsi rezeki buat mereka yang memerlukan.

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Bersedekah Itu Menghapuskan Dosa, Ibarat Air Yang Memadamkan Api” – Hadis Riwayat Tirmizi.

Bagi anda yang ingin menyumbang, anda boleh klik “Jom Menyumbang” di bawah. Setiap sumbangan sangat bermakna buat setiap yang menerima

JOM USAHA SEMAMPU KITA

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assalamualaikum,
Selamat Datang!

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial