YM Agih Al-Quran Braille terbaru padapara pengajar mengaji Braille

YM Agih Al-Quran Braille terbaru padapara pengajar mengaji Braille

Braille yang terlalu lama dan lusuh hingga menyebabkan permukaan braille menipis dan haus antara cabaran besar pengajar mengaji Al-Quran Braille.

Alhamdulillah, YM telah mengagihkan Al-Quran Braille versi terbaharu iaitu tahun 2023. Agihan tersebut menyasarkan pengajar mengaji Al-Quran Braille. Ini merupakan kerjasama YM bersama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia(PERTIS) bagi menyelaras dan mencetak Al-Quran Braille versi Tahun 2023.

Ini merupakan antara inisiatif bagi menyelaraskan pembelajaran Al-Quran Braille kepada golongan orang-orang cacat penglihatan. Pelbagai permasalahan yang berlaku sebelum ini. Antaranya adalah faktor pembelajaran yang menggunakan Al-Quran Braille yang lusuh. Ini menyebabkan pembaca braille itu keliru dalam pembelajaran hingga mengakibatkan kesalahan pembacaan. Faktor lainnya adalah Harga Al-Quran Braille yang terlalu mahal menyukarkan mereka membeli, malah ada antara mereka tidak memiliki pekerjaan tetap. 

Pebagai penambahbaikan yang dibuat di versi 2023 ini iaitu :
Yang Pertamanya adalah Cara penulisan diselaraskan menghampiri Rasm Uthmani dimana Al Quran Braille sebelum ini Rasm Imla’i. Kedua, Ilmu penulisan dan Penandaan Al-Quran khas mengikut apa yang telah diputuskan oleh ulama Dhabt. Ketiga, Mempunyai 10 kod penambahan tanda baca baharu dan lima (5) penambahbaikan penulisan al-quran Braille. Keempat, Terbahagi kepada 6 jilid yang disusun mengikut surah. Kelimanya, Bersaiz 11.50 × 9.75 inci. Keenam, Terdapat mukasurat Al-Quran celik bercetak di sebelah kiri. Ketujuh, Terdapat penerangan ringkas tentang cara penulisan Al-Quran di setiap jilid. Kelapan, Terdapat doa khatam Quran. Kesembilan, Terdapat senarai surah dan tempat turunnya.

Untuk pengetahuan anda, Agihan Al-Quran Braille ini merupakan hasil sumbangan Tuan/Puan dalam kempen Al-Quran Braille dan Sahabat Al-Quran Braille. Oleh itu, YM mengucapkan berbanyak-banyak Terima Kasih atas sokongan tuan/Puan dalam menyokong pembelajaran Al-Quran Braille ini buat mereka. Semoga setiap yang disumbangkan diberi pahala yang besar di sisi Allah.

#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda

Untuk Sumbangan, Anda boleh terus ke akaun

562263552802(Maybank)
Rujukan : Braille03

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada pegawai kami dengan nombor 011 4008 2423(Pn Atikah)

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial