logoYM2022_melintang.png

YM Agih Al-Quran Braille di Semenyih dan KL

Alhamdulillah pada 10 Jun 2023 (Isnin) YM telah turun ke Semenyih dan KL bagi agihan Al-Quran Braille kepada Orang0orang cacat penglihatan di sini.

En. Azree merupakan seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur manakala En. Azril merupakan seorang tukang urut di Bangi.

Mereka merupakan OKU Penglihatan dari kecil dan sudahpun mahir membaca al-Quran Braille. Mereka menyatakan al-Quran Braille mereka sudah lama dan rosak maka dengan pemberian Quran Braille yang baru ini dapatlah mereka membaca al-Quran dengan baik.

Mereka sangat gembira dan teruja dengan penerimaan al-Quran dan mendoakan para penyumbang agar dimurahkan rezeki dan mendoakan pahala yang berpanjangan.

Semoga dengan sumbangan al-Quran Braille dan tajaan kelas ini makin ramai OKU Penglihatan dapat membaca dan belajar al-Quran serta mengalir juga pahala kepada penyumbang setiap kali mereka membacanya.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial