logoYM2022_melintang.png

YAYASAN MAGHFIRAH BERSAMA TV AL-HIJRAH

Yayasan Maghfirah yang bermatlamat untuk menjadi sebuah yayasan yang unggul di Malaysia, tidak ketinggalan untuk berkolaborasi dengan salah satu rancangan islamik terbaik di Malaysia iaitu Tv Al-Hijrah. Pada hari 18 Disember lalu, bersamaan hari isnin, rancangan televisyen iaitu bertajuk “Rasulullah SAW Bersabda” telah dilancarkan di TvAlhijrah. Rancangan yang akan disiarkan sebanyak 10 episod itu, menampilkan Prof Madya Dr Ahmad Sanusi sebagai hos rancangan.

 

Ketua Pegawai Operasi (COO) Yayasan Maghfirah iaitu Encik Muhammad Shuib Bin Norudin berkata, “Objektif Yayasan Maghfirah menaja program ini adalah untuk mengajak masyarakat mendalami makna hadis Rasulullah supaya kita menjadikan

kehidupan Rasulullah sebagai panduan hidup kita seharian kerana Baginda merupakan seorang ayah, seorang suami, seorang sahabat, seorang pemimpin yang sepatutnya kita semua menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan dan suri teladan dalam setiap aspek kehidupan kita. Idea untuk tercetusnya program ini adalah kerana pengarah besar kami, mempunyai harapan yang besar untuk melihat masyarakat kita dapat membudayakan hadis ini dalam kehidupan seharian mereka selain mengharapkan rancangan ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat melalui perbincangan hadis-hadis Rasulullah SAW”.

 

 “Rasulullah SAW Bersabda” juga akan menampilkan ramai tetamu undangan yang hebat di tanah air antaranya Ustaz Zul Ramli dan ramai lagi. Pastikan kita tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan rancangan yang pastinya akan memberikan banyak manfaat untuk kita menambahkan ilmu kita berkenaan hadis Rasulullah SAW yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin pada jam 8.30 malam di Tv Al Hijrah. Jangan lupa menonton!

Dec 22, 2021 / Yayasan Maghfirah

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial