logoYM2022_melintang.png

krisis di sri lanka

TIADA APA YANG KURANG, MALAH IA SUATU ANUGERAH TERINDAH.

03 OGOS 2022 – Alhamdulillah YM berpeluang menaja tiket wayang filem Mat Kilau bagi adik-adik Sekolah Pendidikan Khas Setapak KL, rakan media dan seluruh jemputan yang hadir. Kami telah bersama-sama menonton dan menDENGAR Filem Mat Kilau di TGV Wangsa Walk KL. Ribuan ucapan terima kasih juga kepada pihak Wangsa Walk yg turut sama menaja popcorn dan minuman.

Adik-adik ini kelihatan sangat gembira dan teruja apabila ada diantara mereka merupakan pertama kali menjejakkan kaki ke pawagam. Lihatlah betapa besarnya kuasa Allah. Melihat keadaan mereka ‘mendengar’ Filem Mat Kilau menginsafkan kita akan nikmat penglihatan yang Allah kurniakan. Jagalah nikmat penglihatan ini, kerana kelak Allah akan bertanya apa yang kita telah lakukan dengan nikmat ini. 

YM menyantuni 108 pelajar SMK Pendidikan Khas Setapak (Cacat Penglihatan), yang mana mereka terdiri dari 40 orang pelajar yang cacat penglihatan sepenuhnya dan yang selebihnya mengalami rabun teruk. Selain itu, kami juga diberi peluang menyantuni ahli Persatuan PERTIS untuk men‘dengar’ Filem Mat Kilau bersama. Kami juga amat berbesar hati apabila program tayangan hari ini di hadiri oleh VVIP Encik Muhammad Suhaimi Bin Mohd Isa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, dan Encik Muhammad Shuib Bin Noruddin, Ketua Pegawai Operasi, Yayasan Maghfirah. 

Terima kasih kami ucapkan kepada para VIP, Puan Hajjah Zaidah Bt Mahadi, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, AJK Tertinggi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), Encik Ismail Bin Mat Dali, Pengurus Pemasaran, Studio Kembara, Penerbit Filem Mat Kilau, Encik Ali Karimi, Pelakon Filem Mat Kilau, dan Puan Suzana Annuar, Penolong Pengurus Pemasaran dan Pengiklanan, Wangsa Walk. YM ingin mengajak masyarakat Malaysia supaya lebih cakna dengan golongan OKU dan agar kemudahan buat golongan ini ditambah baik dari masa ke masa. 

Bersama kita meraikan golongan istimewa ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial