logoYM2022_melintang.png

TERKINI ! Masjid ketiga & rumah ketiga bagi rakyat Cianjur sedang dibangunkan

TERKINI ! Masjid ketiga & rumah ketiga bagi rakyat Cianjur sedang dibangunkan

4/1/2023, Cianjur – Alhamdulillah 3 buah masjid dan 3 buah rumah telah didirikan. Ini merupakan usaha bagi membantu Indonesia yang dikejutkan dengan gempa yang telah menghancurkan ribuan rumah di sana.YM dengan kerjasama Yayasan Maghfirah Bina Umat Indonesia(YMBU), Skuad Kita Bantu(SKB), dan Recycle House Program(RHP) menyasarkan 1,000 rumah kediaman, 33 buah masjid, dan 1 madrasah bakal dibangunkan. Ini merupakan sasaran bagi tahun 2023.

Masjid yang sedang diabangunkan ini ialah masjid Mutmainnah, salah sebuah masjid pondok pesantren di kampung Sarampad, kec. Cugenang yang runtuh akibat gempa bumi. Pondok pesantren ini mempunyai lebih 150 orang pelajar.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dengan kuasanya menggerakkan hati hamba-hambanya, kami akan membina semula masjid ini. Semoga Allah permudahkan proses dan masjid ini dapat digunakan kembali oleh para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai Al-Quran yang kelak masing-masing akan mengajar dan menyebarkan nilai-nilai tersebut di sekeliling mereka di kawasan kediaman masing-masing.

YM menyeru anda semua untuk mambantu menyalurkan sumbangan bagi projek pembinaan ini. Untuk sumbangan, anda boleh terus menyumbang dengan klik link di bawah. Selain itu, bagi anda yang mahu menyumbangkan tenaga sebagai satu usaha membantu, anda boleh menjadi sebahagian dari kami dengan menyertai Skuad Kita Bantu. Dan bagi anda yang mahu menyalurkan bantuan berbentuk makanan, anda boleh membantu membeli Maghfirah Meal untuk diagihkan pada mangsa-mangsa yang ditimpa bencana.  

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial