“Terima Kasih YM kurangkan beban akak, Dapat Akak meniaga balik”

“Terima Kasih YM kurangkan beban akak, Dapat Akak meniaga balik”

Bantuan ini berbentuk keperluan untuk seisi keluarga dan bantuan untuk memulakan perniagaan. Dana yang diberi ini merupakan sumbangan kalian melalui Yayasan Maghfirah

Alhamdulillah team Yayasan Maghfirah telah menyampaikan sumbangan modal perniagaan dalam bentuk barangan kepada Puan Arisyamimi yang tinggal di PPR Pantai Dalam.

Sumbangan ini dapat membantu keluarga beliau meneruskan perniagaan aiskrim secara kecil-kecilan bagi menyara keluarga serta mencari rezeki.

Antara barangan perniagaan aiskrim yang disumbangkan adalah berbentuk Pek Milo, Susu Pekat, Susu Cair, Kordial, Biskut dan lain-lain. Semoga dengan adanya bantuan dan sumbangan ini menjadi asbab kepada kebaikan diri dan umat Islam yang lain.

Pihak YM juga sangat menghargai pihak tuan dan puan atas sumbangan ikhlas yang telah disalurkan. Bagi mereka yang sedang menghadapi ujian dan masalah dalam pekerjaan, terus kuatkan semangat untuk mencari rezeki yang halal. Berusahalah memberikan yang terbaik untuk diri dan keluarga supaya kita mampu membahagiakan mereka.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial