logoYM2022_melintang.png

Tan Mike Foong Mualaf OKU Haffiz 30 Juzuk

Tan Mike Foong Mualaf OKU Haffiz 30 Juzuk

Tan Mike Foong, 26, berasal dari Kuala Kubu Bharu merupakan seorang Al-Hafiz. Beliau berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran selepas dua tahun mengikuti pengajian di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dengan Menggunakan braille sebagai medium pembelajaran, beliau kini meneruskan pengajian peringkat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang disyaratkan menghafaz kesemua 30 juzuk al-Quran dalam tempoh tiga tahun.

Mike Foong memeluk Islam pada 2015, dan menerima pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak, Kuala Lumpur.

Ayah Mike, Sdra. Tan Ang Chong, 54, mengusahakan bengkel sendiri dan Mike mempunyai dua lagi adik-beradik.

Mike Foong tidak mempunyai keluarga angkat beragama Islam kerana ibu bapa dan dua adiknya adalah harta dunia akhirat yang tiada pengganti baginya.

Demikianlah kasih sayang ibu terhadap anaknya tiada batasan meskipun mereka berlainan pegangan agama.

Mike yang kini menetap di Interactive Dakhwah Training (IDT), Wangsa Maju, Kuala Lumpur, berkata, walaupun buta, dia masih mempunyai deria pendengaran yang amat membantunya dalam usaha mendalami al-Quran.

Pemuda itu berkata, dia lebih gemar menghafal sendirian dan akan memastikan amalan itu dilakukan sebanyak lima kali sehari, termasuk dibaca ketika menunaikan solat.

Dengan adanya majlis seperti MTQB 2022, ini membuka peluang dan ruang kepada insan seperti Mike untuk menyerlahkan bakat sekaligus menyemai cinta terhadap Al-Quran.

Diharapkan selepas ini, lebih banyak usaha Yayasan  yang komited dalam menjalankan kempen dan program yang boleh membaiki taraf kehidupan masyarakat termasuk golongan OKU, baik OKU Penglihatan, OKU Fizikal, OKU Pendengaran mahupun OKU Pembelajaran, kesemuanya.

Selain itu, program seperti ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat di luar sana mengenai cara-cara yang digunakan oleh golongan OKU Penglihatan untuk mempelajari dan membaca Al-Quran.” YM ingin mengajak masyarakat Malaysia supaya bersama-sama menyokong dan membantu golongan kelainan upaya agar mereka dapat hidup lebih baik di dalam masyarakat.

 

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial