Tak Boleh Nak Masuk Kampung Kalau Tak Ada 4×4 !

Orang kata pendidikan itu adalah titik perubahan. Dengan ilmu kita mampu untuk mengubah nasib keluarga yang susah. Tapi bayangkan kalau anda berada di tempat penduduk di Kampung Tanjung Nagus Ulu Kalumpang di Semporna ini. Kawasan pedalaman mereka terletak begitu jauh di kawasan berliku dan berbukit sehingga terpaksa menempuh perjalanan hampir 30 minit menggunakan kenderaan 4WD. Jarak pedalaman mereka yang begitu jauh ini menyebabkan hampir semua keluarga di kampung ini tidak pernah menerima pendidikan formal di sekolah akibatnya ramai keluarga yang masih kekal di bawah paras kemiskinan yang ekstrim lebih-lebih lagi sewaktu pandemik melanda. Alhamdulillah hari ini team Yayasan Maghfirah, Ikhlas, Esscom, GTR & juga duta kami Johan As’ari diberi kesempatan untuk membantu meringankan beban melalui 120 pek bantuan yang diagihkan kepada keluarga-keluarga di pedalaman ini. Semoga Allah SWT memberkati jasa para penyumbang yang membantu meringankan beban mereka ini. Amin YRA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial