Sebak apabila melihat satu posting video yang memaparkan seorang bapa dijumpai tidak bernyawa di sebalik runtuhan di Turkiye. 

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan jasad bapa berkenaan berada dalam posisi duduk dengan mukanya tersembam pada runtuhan bangunan.

Kelihatan juga tangan seorang kanak-kanak dipercayai anak lelaki berpaut erat kepada bapanya, seakan sedang memangku anak berkenaan.

Jasad lelaki itu ditemui tidak bernyawa oleh pasukan mencari dan menyelamat di bawah runtuhan bangunan.