Suami isteri berniaga kecil -kecilan demi menyara 7 orang anak. Yayasan Maghfirah tampil membantu meringankan beban.

Suami isteri berniaga kecil -kecilan demi menyara 7 orang anak. Yayasan Maghfirah tampil membantu meringankan beban.

En. Helmi dan Pn Norazlina bersama-sama menyara keluarga sejak beliau mengalami gout sejak 2014.

Yayasan Maghfirah tampil ringankan beban kehidupan keluarga En. Mohd Helmi dan Pn. Norazlina.

Berniaga nasi daging bakar satu-satunya sumber pendapatan utama Pn. Norazlina dan En. Helmi untuk menyara keluarga termasuk tujuh orang anak yang masih bersekolah.

Ayra yang berusia 2 tahun 6 bulan, kini sedang mengalami penyakit

YM terpanggil untuk memberikan bantuan awal kepada Puan Norazlina yang berusia 40 tahun disebabkan keadaannya yang hanya bergantung kepada pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan di samping suaminya mengalami penyakit gout. 

 

YM telah menyalurkan bantuan barangan asas, susu dan lampin kanak-kanak. Bantuan awal ini diharapkan dapat memberikan keringanan terhadap beban yang ditanggung oleh Puan Norazlina sekeluarga. Semoga Allah meluaskan rezeki yang halal lagi berkat di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Spinal Muscular Atrophy (SMA) type 1 sejak lahir yang telah menyebabkan masalah pada perkembangan saraf sehingga mengakibatkan otot menjadi lemah sehingga memberi kesan kepada daya pernafasannya dan pergerakannya. Sehingga kini juga, Ayra masih tidak boleh berjalan atau bergerak seperti kanak-kanak normal.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial