logoYM2022_melintang.png

Skuad Kita Bantu lancar baju terbaru!

Skuad Kita Bantu lancar baju terbaru!

Team Skuad Kita Bantu YM kini telah melancarkan baju terbaru untuk ahli SKB tahun 2023. Idea ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja kemasyarakatan dan memupuk semangat tolong menolong dan budaya ikram sejajar dengan Tagline YM iaitu “Wadah Dakwah Anda”.

Pelbagai Kelebihan yang anda boleh dapatkan iaitu :

  • Baju Skuad Kita Bantu Official Percuma. (Penglibatan sekurang-kurangnya 2 kali dalam misi bantuan)
  • Membina rangkaian kenalan.
  • Mendapat perlindungan insuran sepanjang program.
  • Makanan dan minuman disediakan.
  • Pengangkutan disediakan.
  • Tempat tinggal disediakan sekiranya misi melebihi 1 Hari.
  • Sijil penyertaan disediakan.
  • Kem-kem bermodul sepanjang tahun di lokasi menarik.
  • Pengalaman menguruskan dan terlibat dalam misi bantuan.
  • Menyantuni penerima bantuan/mangsa bencana.
  • Memupuk sifat bersyukur dan nilai-nilai lainnya.

Team Skuad Kita Bantu Menjadi sukarelawan YM tidak tertakluk pada membantu membersihkan rumah yang dilanda banjir sahaja. Team SKB boleh juga membantu dalam sesi agihan bantuan, sesi agihan daging korban ketika Raya Aidiladha, menjadi fotographer untuk program, dan sebagainya. Ini membolehkan ahli SKB berfikiran secara terbuka mengikut kepakaran dan keperluan sedia ada.

Untuk mendaftar sebagai sukarelawan kami, anda boleh klik “Daftar Sekarang” di bawah. Pelbagai aktiviti dan bantuan yang akan kami adakan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Seterusnya, Anda akan dimasukkan ke dalam group telegram kami, ikuti perkembangan dan berita terkini misi YM. Anda juga boleh memaklumkan keadaan semasa di lokasi anda. Tunggu apa lagi?  Klik “Join Skuad Kita Bantu” Sekarang.

Bagi Anda yang ingin menyumbang, Anda boleh menyumbang dengan klik “Menyumbang untuk tabung kecemasan bencana” di bawah. Selain itu juga, anda boleh menaja makanan untuk mangsa-mangsa bencana dengan hanya klik “Sumbang Maghfirah Meal untuk mangsa bencana”.

Untuk sebarang persoalan dan info tambahan tentang SKB boleh diajukan kepada pegawai kami di talian.

+6011-2388 4703 (Cik. Syafawani)

JOM BERSEDIA BERSAMA YM

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial