logoYM2022_melintang.png

Skuad Kita Bantu YM di Johor dalam persiapan membantu mangsa-mangsa yang terjejas di sana

Skuad Kita Bantu YM di Johor dalam persiapan membantu mangsa-mangsa yang terjejas di sana

Alhamdulillah, Pagi tadi Skuad Kita Bantu YM baru sahaja selesai perbincangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Johor. Ini berikutan hujan lebat yang berterusan di Johor sekaligus mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air.

Sebanyak tiga laluan utama di negeri ini membabitkan tiga daerah ditutup kepada lalu lintas akibat bencana banjir dan tanah runtuh.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Jalan Ladang Siang, Kota Tinggi ditutup susulan banjir yang berlaku dengan ketinggian paras air 0.75 meter di kawasan tersebut.

 

Seterusnya, Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Segamat ditutup kerana banjir dengan paras air di kawasan tersebut 0.6 meter.Manakala bagi laluan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai pula ditutup akibat tanah runtuh yang berlaku.

“Daerah Segamat paling terjejas dengan bilangan mangsa banjir yang direkodkan seramai 1,392 orang daripada 393 keluarga ditempatkan di 13 PPS. Diikuti Kluang seramai 1,139 orang daripada 325 keluarga ditempatkan di 11 PPS.

 

“Seterusnya di Kota Tinggi, jumlah terkini mangsa banjir berjumlah 557 orang daripada 136 keluarga di enam PPS manakala Mersing pula seramai 594 orang daripada 186 keluarga di empat PPS.

“Selebihnya di Batu Pahat seramai 121 orang daripada 30 keluarga di sebuah PPS,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

 

Selain itu, tiga sungai di negeri ini telah melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di muara Sungai Gemas (19.13 meter), Sungai Segamat (37.55m) dan Sungai Kahang.

Untuk anda yang mahu membantu mangsa-mangsa banjir di Johor ketika ini, Anda boleh klik button di bawah mengikut apa yang anda termampu. Sama ada melalui wang tunai, taja maghfirah meal, mahupun tenaga anda. Semoga Allah memberkati segala usaha anda.

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial