SHAH ALAM – Semua masjid, surau dan musolla di Selangor dibenarkan untuk menjalankan ibadah korban pada tahun ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, mana-mana pihak persendirian, badan berkanun, agensi swasta, institusi dan badan bukan kerajaan (NGO) turut dibenarkan menjalankan ibadah tersebut.
Penternak lembu di negeri ini menarik nafas lega apabila tempahan lembu mereka melonjak untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang sebelum ini agak perlahan disebabkan sekatan pergerakan penuh.
Bagaimanapun Zawawi berkata, mereka masih perlu mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) lain yang ditetapkan.
“Pentadbir masjid, surau, Musolla dan semua Jawatankuasa Pelaksanaan Ibadah Korban yang dilantik hendaklah memastikan pematuhan SOP perlu mengekalkan penjarakan fizikal yang bersesuaian.