Alhamdulillah, YM tahun ini mencatat jumlah ibadah korban dalam negara sebanyak 10 ekor lembu, 11 ekor kambing, dan 3 ekor lembu hasil sedekah daging YM.
Korban dalam negara pada tahun ini akan melibatkan keseluruhan team YM tanpa ada yang terkecuali. Ini seterusnya memupuk budaya harmoni dan kebersamaan dalam bekerja.
Untuk pengetahuan anda, YM melakukan tempahan korban melalui Korban Ummah(korbanummah.com). Korban ummah ini merupakan satu sistem yang dihasilkan oleh YM bagi memudahkan ibadah korban setiap tahun.
Sepanjang Hari Raya Aidiladha ini, YM akan melakukan ibadah korban melibatkan 9 lokasi iaitu 6 di semenanjung dan 3 lokasi di Sabah. Lokasi yang terlibat di semenanjung ialah Masjid Jamek Al-Khadijah, Surau Al-Muhajirin Bangi, Masjid As-Sobirin Bukit Changgang, Surau Al-Sakinah, YM EDU Lenggeng, dan Pusat Komuniti YM. Di Sabah pula melibatkan lokasi Kg Kaiboton Paitan, Lahat Datu, dan Kg Wakuba Tawau.
YM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. tidak lupa juga pada semua yang terlibat dalam ibadah korban.
Untuk anda yang tidak berpeluang dalam menyertai ibadah korban pada tahun ini, anda boleh sedekah daging melalui Yayasan Maghfirah. Sumbangan anda ini akan dimanfaatkan untuk diagihkan pada orang-orang yang memerlukan.