Bangi – Maulidur Rasul merupakan antara sambutan yang diraikan oleh umat Islam. Ini merupakan hari kelahiran insan yang terpenting bagi umat Islam iaitu baginda Muhammad S.A.W. Walaupun terdapat khilaf tentang tarikh sebenar kelahiran Rasullulah S.A.W, perayaan ini tidaklah haram atau bertentangan dengan hukum Islam selagi tiada unsur-unsur maksiat atau perkara yang dilarang oleh Islam dilakukan semasa sambutan itu berlangsung.
Pada 28 September 2024, YM telah mengadakan sambutan Maulidurasul dengan kerjasama oleh Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Semasa sambutan ini berlangsung, pihak YM juga mengadakan jualan infaq, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna dan banyak lagi aktiviti yang bertempat di perkarangan masjid ini.
Jangan terlepas untuk mengikuti aktiviti kami yang seterusnya dengan mengikuti Telegram Yayasan Maghfirah (YM). Kami akan memberi maklumat awal untuk semua akviti yang kami akan jalankan.