Syukur kepada Allah yang Maha Pemurah, team Yayasan Maghfirah (YM) telah menziarahi seorang penerima manfaat kempen Iqbal Khalid Initiative (IKI).
Puan Latifah (bukan nama sebenar), 27 tahun telah disahkan mengalami masalah jantung yang telah menyebabkan kepada gangguan kepada fungsi pernafasan sehingga menyebabkan dirinya berasa cepat lelah, penat dan sesak nafas apabila melakukan kerja-kerja berat.
Puan Latifah tinggal di Kuantan dan terpaksa ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan jantung dengan doktor pakar di sana. Di sebabkan perjalanan rawatan memakan jarak perjalanan yang panjang, team YM telah menyalurkan bantuan kewangan supaya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh nya.
Hasil pertemuan kami bersama puan Latifah mendapati bahawa dirinya akan menjalani pembedahan bagi membuang salur darah lebihan pada bahagian jantung tersebut yang telah mengakibatkan kepada gangguan pernafasannya sebelum ini.
Difahamkan, puan Latifah perlu menjalani temujanji bersama doktor pada bulan 3 tahun 2023 untuk mendapatkan kepastian doktor bahagian kardiotorasik tentang pembedahan tersebut.
Mudah-mudahan penyakit yang dihidapi oleh beliau menjadi asbab penghapus dosa. Terima kasih kepada para penyumbang atas sumbangan yang telah disalurkan ke kempen Iqbal Khalid Initiative (IKI)
Mari menyumbang ke kempen Iqbal Khalid Initiative (IKI) supaya lebih ramai golongan pesakit yang dapat dibantu.