logoYM2022_melintang.png

RM 24,000 dan 300 Pek Maghfirah Meal akan diagihkan di PPS sekitar Kuala Terengganu, Besut, Jertih

RM 24,000 dan 300 Pek Maghfirah Meal akan diagihkan di PPS sekitar Kuala Terengganu, Besut, Jertih

Tahun 2022 menjadi sejarah hitam buat rakyat Terengganu apabila banjir kali ini menjadi banjir terburuk sejak 2013. Jumlah mangsa ketika ini ialah seramai 25,540 mangsa merangkumi 6,756 buah keluarga. Bencana Banjir ini melibatkan 8 buah daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Marang, Setiu, Hulu Terengganu, dan Kuala Nerus.

Team Yayasan Maghfirah akan bergerak ke Terengganu malam ini dalam misi memberikan bantuan barang-barangan berikut :

1. 1000 Pek Kit Kebersihan yang terdiri daripada tuala, berus gigi, ubat gigi, sabun, shampoo, dan lain-lain.
2. 300 Pek Maghfirah Meal
3. 150 keping tuala Wanita.
4. Susu bayi .
5. Lampin bayi.

Misi bantuan awal banjir ini bermula jumaat hingga sabtu. Manakala gotong-royong mega YM bagi tujuan pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir akan diadakan pada 27 Disember hingga 29 Disember 2022 bergantung keadaan paras air semasa. Gotong-royong Mega ini akan melibatkan 80 orang ahli Skuad Kita Bantu.

Sebagai tanda sokongan, anda juga boleh menjadi sebahagian dari ahli Skuad Kita Bantu dan boleh menyumbang untuk Tabung Kecemasan Bencana. Selain itu juga, anda boleh menyumbang dalam penajaan Maghfirah Meal untuk mangsa-mangsa bencana di Seluruh Malaysia.

JOM USAHA BUAT MEREKA

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial