logoYM2022_melintang.png

Projek Usahawan Anak FELDA

SELANGOR – Keinginan membantu para peniaga kecil dalam kalangan anak-anak FELDA kini telah tercapai apabila pertemuan kami bersama pihak Transform UTHM pada tarikh 8 JUN 2020(RABU) berjalan lancar.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah, En Shuib menyatakan bahawa projek membantu anak-anak muda FELDA ini akan dijayakan bersama pihak TRANSFORM UTHM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Amran selama 3 bulan. Projek ini akan diberikan kursus latihan dan dilaksanakan pantauan berkala ke atas 50 orang peserta usahawan muda FELDA.

Kejayaan program e-usahawan sebelum ini bersama pihak Transform UTHM, diteruskan lagi dengan matlamat yang lebih besar bagi membantu anak-anak FELDA bersaing dengan lebih baik berpandukan ilmu dan pantauan rapat.

Dengan adanya projek ini, pihak kami mengharapkan lebih ramai lagi usahawan dapat dilahirkan dikalangan anak muda FELDA. Jom ! sama-sama kita membantu dari segi memberikan sumbangan anda supaya usaha menaikkan usahawan dikalangan anak muda ini terus berkembang maju di serata dunia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial