Alhamdulillah program TOT GURU SAQ SIRI-1 2023 telah berjaya dilaksanakan pada 11 Februari (Sabtu) yang bertempat di Pusat Latihan Dakwah Yayasan Maghfirah, Lenggeng Negeri Sembilan.

Penceramah jemputan yang berpengalaman dalam bidang Pendidikan iaitu Cikgu Asmadi telah dijemput untuk memberikan input kepada guru-guru SAQ dengan tajuk perkongsian iaitu ‘Seni Bicara untuk Mendidik’ yang dihadiri seramai 28 orang guru SAQ dari pelbagai cawangan. Selain itu, Ustazah Maryam Mohd Din juga dijemput untuk menyampaikan kefahaman Islam kepada guru-guru agar dapat mengingatkan mereka semula akan kepentingan Pendidikan Al-Quran kepada adik-adik untuk membina generasi yang hebat.

Tambahan juga, TOT Guru kali ini dihadiri oleh Tuan Haji Sahrularifin iaitu Pengerusi Ahli pemegang amanah YM bersama isteri beliau yang juga merupakan ahli pemegang amanah YM iaitu puan Azura Ali untuk memberikan ucapan dan kata-kata dorongan kepada semua guru-guru SAQ agar terus semangat dalam mendidik ilmu Al-Quran kepada adik-adik SAQ.

Diharapkan input yang mereka perolehi melalui Program Trainning Of Trainer (TOT) dapat menjadikan mereka seorang guru yang berwibawa dan cukup mapan untuk mendidik pelajar-pelajar SAQ dengan lebih baik.

Bagi anda yang ingin menyumbang dalam usaha YM memperkasakan Kelas Al-Quran ini secara percuma. Anda boleh menyumbang dengan klik button sumbangan di bawah.