logoYM2022_melintang.png

Puskom YM lancar Program FoodBank Kali Kedua

Alhamdulillah buat pertama kali Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah mengadakan program Foodbank pada hari Sabtu, 28 Januari 2023. Program kali ini dengan kerjasama SKB & wakil KRT Taman Putra Kajang. Seramai hampir 22 orang hadir bersama- sama meraikan program kali ini.

Program kali ini menjemput Ustaz Al Fadhil sebagai penceramah khas dalam tajuknya “ Peranan solat membentuk keperibadian Muslim”. Alhamdulillah para penerima sangat seronok dengan program yang sebegini memberikan kefahaman yang lebih jelas dalam melakukan ibadah solat

Yang menariknya program ini, para penerima perlu melalui dua kali program PUSKOM dan barulah akan menerima barang bantuan asas daripada YM. Alhamdulillah sambutan daripada masyarakat sangat memberangsangkan.

program foodbank kali ini akan berlangsung 2 kali sebulan yang mana komitmen dan kehadiran para penerima sangat penting bagi memenuhi tuntutan bantuan foodbank.

Ini merupakan salah satu progrqm daripada kempen jiwa peduli. Kempen Jiwa Peduli ini mengfokuskan kebajikan individu, keluarga, masyarakat, dan komuniti. Semoga usaha ini diberkati dan diredai Allah SWT. 

Semoga program kali ini diberkati dan diredai Allah SWT. Semoga dipermudahkan urusan. Moga berjumpa lagi pada bulan yang akan datang. Insya Allah.

“Bersedekah Itu Menghapuskan Dosa, Ibarat Air Yang Memadamkan Api” – Hadis Riwayat Tirmizi.

Bagi anda yang ingin menyumbang, anda boleh klik “Jom Menyumbang” di bawah. Setiap sumbangan sangat bermakna buat setiap yang menerima

JOM USAHA SEMAMPU KITA

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial