Program FoodBank kini di Pusat Komuniti YM 2023

Program FoodBank kini di Pusat Komuniti YM 2023

Alhamdulillah, Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah telah mengadakan program Foodbank buat kali pertama pada hari Sabtu, 21 Januari 2023. Program kali ini dengan kerjasama SKB & wakil KRT Taman Putra Kajang. Seramai hampir 30 orang hadir bersama- sama meraikan program kali ini.

Program kali ini menjemput Ustaz Dr Sanusi sebagai penceramah khas dalam tajuknya “ Hidup Budaya Berkomuniti”. Alhamdulillah kehadiran mereka memeriahkan lagi program dan pelbagai persoalan yang terjawab pada hari ini.

Selain itu, program foodbank kali ini akan berlangsung 2 kali sebulan yang mana komitmen dan kehadiran para penerima sangat penting bagi memenuhi tuntutan bantuan foodbank.

Ini merupakan salah satu progrqm daripada kempen jiwa peduli. Kempen Jiwa Peduli ini mengfokuskan kebajikan individu, keluarga, masyarakat, dan komuniti. Semoga usaha ini diberkati dan diredai Allah SWT. 

Sebagai tanda sokongan anda dalam usaha YM ini, Anda boleh menyumbang ke Kempen Jiwa Peduli di bawah.

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial