logoYM2022_melintang.png

Pembangunan Kepimpinan Muda Lengkap Ukhrawi dan Jasmani Melalui Pusat Latihan Dakwah

Pusat Latihan Dakwah, sebuah projek pembangunan ilmuan muda yang telah dilancarkan dalam Majlis Amal Maghfirah pada 16 April lepas. Projek bertempat di Lenggeng, Negeri Sembilan ini akan bermula penghujung tahun dan akan memberi manfaat kepada 500 bakal agamawan negara.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah berkata, “Kita nak membangunkan satu kepimpinan muda, persekitaran yang menepati keperluan untuk melahirkan seseorang tokoh”.

Tambahannya lagi, “Kepimpinan ini juga bakal lengkap dari segi ukhrawi dan jasmani untuk mereka menjadi pelapis kepimpinan negara”. Sasaran dana sebanyak RM12 juta diperlukan bagi melaksanakan projek ini dengan meliputi kos pembangunan, infrastruktur dan juga modul pembelajaran.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dato’ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab (Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia) ketika Majlis Amal Maghfirah yang dihadiri 300 anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan para asnaf. Majlis Amal Maghfirah diadakan bagi meraikan anak-anak yatim, pelajar tahfiz dan para asnaf sempena bulan Ramadan dan sumbangan duit raya turut diberikan.

Ayuh bantu kami dengan sumbangan anda dalam usaha mencapai projek yang dibincangkan, semoga dengan amalan kita kali ini menjadi bekalan untuk bawa ke akhirat kelak ! 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial