
PELANCARAN PROGRAM RASULULLAH SAW BERSABDA
Saksikan program terbaharu bertajuk “Rasulullah SAW Bersabda” setiap Isnin jam 8.30 malam di TV
Alhijrah. Dihoskan oleh Prof Madya Dr Ahmad Sanusi bersama-sama pelbagai panel jemputan
antaranya Ustaz Zul Ramli, Adam Corrie, PU Amin dan ramai lagi.
Rancangan ini menyentuh isu-isu semasa berdasarkan hadis Nabi. Pelbagai sunnah baginda yang
boleh diteladani dalam hubungan kita sesama jiran dan masyarakat.
Rancangan ini merupakan antara inisiatif Yayasan Maghfirah bagi memperbanyakkan lagi program
yang mengupas hadis sebagai panduan bersama oleh umat Islam Malaysia.
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
Boleh Saksikan Siaran Ulangan di Youtube Kami
Nov 30, 2021 / Yayasan Maghfirah