logoYM2022_melintang.png

“Ni katil dah ada, Abi dah boleh balik ke ibu?” Anak kecil sebak 40 hari tidak dapat jumpa ayah disebabkan koma

“Ni katil dah ada, Abi dah boleh balik ke ibu?” itulah ungkapan yang sempat kami dengar apabila kami (Team YM) baru sahaja memberikan bantuan katil hospital kepada keluarga En. Hishamudin. Luahan itu merupakan luahan seorang anak kecil yang  yang tertanya-tnya setelah 40 hari ayahnya ditidurkan di hospital. Disebabkan had umur kepada pelawat, itu yang membatasi pertemuan mereka.

Encik Hishamudin menghadapi kemalangan ketika pulang dari tempat kerja pada Jam 12.00 malam. Kini isterinya gigih menampung keperluan keluarga iaitu menjaga keempat anaknya yang masih bersekolah.

YM terpanggil mendengar dan membantu keluarga En. Hisham. Encik Hisham kini telah menunjukkan sedikit tanda-tanda positif apabila boleh membuka mata sebelah, namun respon masih kurang.

Isterinya, Fatihah merupakan seorang yang cekal. beliau akan pergi melawat suami di hospital setiap hari setelah waktu kerja, dan waktu rehat juga. Kemalangan ditimpa suaminya mengakibatkan hampir bahagian tulang di kiri badan patah. Selain kemalangan, En. Hisyam juga disahkan menghidapi penyakit hipertiroid iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh kelenjar tiroid yang terlalu aktif.

hanya susu sahaja makanan En. Hisham sepanjang 40 hari ini iaitu dimasukkan dalam salur makanan di kerongkong. Namun untuk pengetahuan anda, susu yang diberikan itu berharga RM90/tin. dan saiznya juga tidak besar yang mana hanya boleh bertahan selama 1 hari sahaja.

Yang lebih menyentuh hati kami apabila isterinya yang setiap hari datang melawat, turut membuat konten bersama suami seperti suaminya normal. Anda boleh ikuti di tiktok : Fatihah_87

YM hadir untuk memberikan bantuan Katil hospital, kerusi roda, tilam angin(khas kepada pesakit terlantar), dan suction machine(alat sedut kahak sebelum memasukkan makanan ke rongga).

Semoga En. Hisham dan keluarga terus cekal dengan ujian ini dan dipermudahkan segala urusan seperti sedia kala. Bantuan ini merupakan sumbangan anda dalam kempen Iqbal Khalid Initiaitive. 

Untuk anda yang ingin menyumbang, boleh terus menyumbang di bawah. Semoga lebih ramai pesakit yang mendapat manfaat daripada bantuan ini.

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)
“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial