krisis di sri lanka

MISI BANTUAN PASCA BANJIR BALING, KEDAH

BALING – Misi bantuan kepada mangsa banjir di Kedah yang dijalankan pada 19/72022 – 21/7/2022 telah dijayakan dengan sempurna. Banyak barang keperluan diberikan seperti seterika, periuk nasi elektrik, blender, toto, bantal, alquran, facemask, hand senitizer dan wang tunai.

Tim skuad kita bantu, sukarelawan Yayasan Maghfirah turut sertai mengagihkan barang keperluan kepada mangsa banjir di Baling, Kedah. Bumi Baling sekali lagi dilimpahi bah apabila hujan lebat turun tanpa henti. Banyak rumah yang dimasuki air sekali lagi. Sedikit sebanyak bantuan yang tuan puan hulurkan dapat meringankan beban yang mereka tanggung.

Wajah-wajah lega dan gembira mangsa-mangsa banjir mendapat bantuan dari rakyat Malaysia melalui Yayasan Maghfirah. Agihan bantuan pasca banjir di Kg. Sadek, Baling, Kedah. Mereka amat bersyukur dan berterima kasih serta mendoakan kebaikan kepada para penyumbang.

Ayuh bersama kami dalam memberikan seumbangan untuk mereka yang lebih memerlukan, siapa tahu, bantuan yang diberikan adalah satu asbab ke syurga kelak. In shaa Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Berita Berkaitan

Kongsikan sumbangan ini
melalui media sosial